Hadiah comel untuk yang tersayang!
Pelbagai barangan comel untuk kamu dan si dia!
Memaparkan catatan dengan label Teristimewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teristimewa. Papar semua catatan
5
toink2 ^_^

Befday Aten terbaek!!

Assalamualaikum! Salam sayyidul ayyam ^_^
Nak citer sket sal sambutan bfday aten, my fren :)
ari rabu lepas, mang best sgt2, wat kejutan, mkn2, brgmbr, brcerita,
even tempat dalam bilik aje tp kualiti yg penting,
Sungguh, makim hari aku makin menyayangi kalian.
"Ya Allah, jagalah kami dalam dakapan Rahmat dan BerkatMu, aminn"

Jom tgk gmbr jom ^0^



Dah! ^_^ hehe, Sanah helwah Fatin, Moga dirimu berjaya, bahagia dunia, sejahtera akhirat, aminn :)

Mencari hadiah comel untuk yang tersayang?

(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

2
toink2 ^_^

Video Wajib Tonton!

MasyaAllah.. :')
Sahabat2, marilah sama2 kita tgk video ni,
moga mampu menyentuh hati2 kita
Ya Nabi, kurniakan syafaatmu kepadaku..aminn


Mencari hadiah comel untuk yang tersayang?

(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

4
toink2 ^_^

Zalimkah Aku? Hmmm..


Assalamualaikum sahabat2 penghuni syurga..moga2 kita tergolong dalam golongan yang mendapat redha Allah...amin Allahumma amin...

Nak dipendekkan cerita, weekend lepas, sy ada pergi blaja kat sebuah pondok kat Bukit Wan, ganu ni je, dekat ngan maktab..mula2 sahabat sy bgtau yg ad ustaz ngajar kt c2, dlm hati rasa cam nak sangat2 pergi! nak sangat! tapi..diri aku ni layak ke pergi tempat mcm 2..sy x sebaik mcm sahabat2 yg lain, jauhh sangat, erm tapi entah kenapa hati sy sangat2 terjentik untuk pergi sane~ jadi sy amek keputusan utk pergi, bersama akak2 senior n sahabat2 lain.

"Syaitan tetap goda manusia untuk berbuat kejahatan, x boleh dengan kejahatan, tetap akan goda dengan cara kebaikan, contohnya, datang rasa rendah diri untuk pergi berbuat kebaikan, akibatnya langsung x buat"


Allahurabbi, sepanjang perjalanan x habis2 syaitan hasut sy dengan macam2 godaan. Sungguh, makin kita ingin dekat, makin kuat godaan. Tapi jangan pernah lupa bahawa kita milik Allah, kita hamba Allah, kita Allah punye..x bersyukur ke kita dalam banyak2 persaingan antara sperma untuk masuk ke ovum, kita yg terpilih untuk dilahirkan ke dunia! Kita sebaik2 kejadian2, jangan pernah kalah dengan hasutan syaitan.

Ya ya, tulis, ckp senang la, nak amal? Allah...Hanya Engkau yang tahu kemampuan hambaMu..moga Allah jadikan ia mudah dan mendapat ganjaran di sisi Allah..Allahumma Amin...

"Inna Akromakum 'indallah hi atkokum : Sesungguhnya yg terbaik di antara kamu di sisi Allah adalah yg bertaqwa " -Al Hujurat ; 13

Dah tiba kat sana, Alhamdulillah, sy nampak nur nye di sana. Bukan cahaya lampu, tetapi cahaya semangat! Semangat seorang khalifah untuk memimpin diri sendiri. Ramai orang tua di sana, datang jauh2 untuk belajar agama.. Menurut pandangan mata sy, mungkin ada yg berumur lbih 70 tahun.. Tersentuh hati sy..Sebak sangat2..

Astagfirullahh, istighfar sy dalam hati...zalimnya sy pada diri sendiri..orang tua sanguup datang belajar, menadah ilmu agama, sedangkan sy, masih lg lagha dengan hal2 dunia yg entah ke mana..Sebak hati sy tiba2, ermm x tau kenapa, sy rasa teramat malu!
zalim sangat diri ni, bia je lagha dengar lagu pelik2, tengok mnde pelik2, crite mende pelik2, pergi ke tempat pelik2, dan mcm2 mnde pelik lg la..

"Maka beruntunglah hati2 yg dsentuh oleh Allah, bersyukurlah.."

Sahabat2, banyak sgt ibrah / pengajaran yg sy nak kongsi tp rasa dan perasaan tu x dapat di kongsi, cubalah pergi sendiri di mana-mana pondok atau tempat2 blaja agama, luruskan niat, pasti akan rasa sesuatu..Rasa tu x dapat kita cari kat mana.. InsyaAllah :)


"Ya Allah, Ya Karim, Ya Aziz, ampunilah dosa hambaMu ini, terlalu banyak dosa yg telah aku lakukan, peliharalah aku dari perkara2 yg dibenci olehMu, sentuhlaH hatiku dengan hidayahMu, berikan TaufiqMu kepadaku..Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui lg Sebaik2 Perancang, Amin Ya Rabbal Alamin.."

Mencari hadiah comel untuk yang tersayang?

(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

2
toink2 ^_^

Cukup duit tadi dik?

Assalamualaikum sahabat2 penghuni syurga :)

Ingin berkongsi post seorang sahabat di fb, mohon muhasabah diri..
Jadi insan yang pandai bersyukur dengan segala nikmat,
dan sayangi orang tua kita :')

 Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.” 

Dan juga Allah telah berfirman mafhumnya,

“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .
( Al Isra’ ayat 23-24 )


Ceritanya...

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.


Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.


"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Moga kisah ini bermanfaat buat kita..Sama-sama muhasabah diri.


Mencari hadiah comel untuk yang tersayang?


(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

0
toink2 ^_^

Resipi Nasi Arab al-Besuti ^_^


Assalamualaikum sahabat :)
hari ni sy nak share resipi nasi arab,
x brape nak arab tp ala2 tu ada la, he3
Da sedia? Jom masak! ^_^

RM100000 untuk 1 idea?!

Gempak la Levi!


Nasi Arab al-Besuti 
(Hidangan utk 4 orang)


Boleh dimakan dengan daging sahaja
atau hidangan tambahan seperti
ayam goreng berempah, acar masak,
dan sambal. Anda cuma perlu kreatif!


Bahan – Bahan
Bahan A (Tumis)


2 ulas Bawang putih (tumbuk lumat)
2 ulas Bawang merah (tumbuk lumat)
1 cm Halia (tumbuk lumat)
Sedikit Ketumbar (tumbuk halus)
Sedikit Jintan putih( tumbuk halus)
2 biji Bunga lawang
2 biji Bunga cengkih
1 batang Kulit kayu manis
2 biji Buah Pelaga

Bahan B (Perap)

Daging /ayam (kuantiti selera masing2 )
1 paket Maggi 5 Spices
3 sudu besar Rempah Kurma
1 sudu besar Cili Boh
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Perasa
Air
Garam
Gula

Bahan c
3 cawan Beras Basmati
2 cm Halia
1 ulas Bawang besar (dipotong bulat2)
Setengah biji Lobak merah
(diparut memanjang)

Cara penyediaan

1. Perap ayam/daging terlebih dahulu
dengan Bahan B.
2. Tumis Bahan A sehingga garing.
3. Masukkan ayam/daging.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian, masukkan air sehingga
tenggelam daging.
6. Reneh sehingga daging empuk.
7. Lebihan perapan td boleh dimasukkan
sekali ke dalam air rebusan daging.
8. Masukkan perasa, garam, gula secukup
rasa.
9. Apabila daging sudah empuk, masukkan
daging dan air rebusannya
ke dalam rice cooker utk memasak nasi
10. Masukkan sekali bawang besar.
11. Apabila nasi sudah hampir masak,
masukkan lobak merah.
12. Siap!
Selamat mencuba ^_^

Senang je kan? kompem sahabat2 sume mesti boleh buat punye!
Selamat memasak dan hati2 kat dapor 2 ye,
Jangan lupa baca Basmallah b4 buat keje 2 ^_^

RM100000 untuk 1 idea?!

Gempak la Levi!



(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

0
toink2 ^_^

Im happy It's Coming! ^_^*

So happy and so excited.. After a long time of waiting, finally its coming...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN :)



Hanya tinggal lg 5 hari b4 umat Islam menyambut kedatangan bulan yg penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Sesungguhnya kedatangan Ramadhan dirindui, bulannya diberkati, pengakhirannya ditangisi..

Apa yg nak sy kongsi d sini adalah bbrapa persiapan yg boleh kita lakukan sebelum tibanya Ramadhan :)

1) Banyakkan berpuasa sunat (sebelum nisfu Sya'ban)
2) Menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan puasa
3) Memperbanyakkan bacaan al-Quran dan zikir
4) Memperbanyakkan sedekah dan melakukan amalan2 yg baik
5) Banyakkan berdoa dan beristighfar
6) Menjaga tingkah laku, tutur kata dan anggota tubuh badan

dan byk lg sebenarnya. Mungkin bg ssetengah org mcm terkejut kan dgn perubahan yg perlu dlakukan. Ingat kata2 ni, jika kita x blh buat semua, jgnlah kita tinggalkan semua. Beramal lah dengan perkara2 yg baik dan mngikut sunnah nabi, InsyaAllah ada ganjarannya di sisi Allah..

Peringatan buat diri sy dan juga sahabat2 yg lain. Jom sama2 tingkatkan amalan! ^_^


اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hambaMu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku)”.



(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

2
toink2 ^_^

Sebelum Engkau Halal Bagiku

SAAT PALING JAUH,,




Saat yang paling jauh adalah saat mata
mampu memandang orang yang kita cintai
NAMUN kita tak dapat menatapnya dengan
halal.

Saat yang paling jauh adalah saat kita
berhadapan dengan orang yang kita cintai
NAMUN kita haram menyentuhnya.

Saat yang paling jauh adalah ketika tangan
mampu meraihnya NAMUN dia tlah
menggenggam jari tangan yang lain.

Saat yang paling jauh dan menyakitkan
adalah pada saat kita berada di sebuah acara
Ijab Qobul NAMUN Orang yang kita cintai
bersanding dengan Insan yang menjadi
pilihannya..



(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

0
toink2 ^_^

Jom Kahwin! ^_^*




Waaaa terbaek lah tajuk post kali ni..he3.. Mesti tersedak ble baca tajuknye..ok rilek2, ^_^
Post kali ini saya nak sentuh pasal kahwin muda.. Moga2 anda dan saya sama2 dapat sedikit ilmu buat bekalan nanti :D

Usia remaja merupakan satu tahap perkembangan diri yang cukup mantap di mana pada tahap ini jiwa setiap remaja cukup bergolak dan bergelora. Cinta adalah salah satu tarikan terhebat yang melanda diri setiap individu pada tahap ini. betul kn? :)

Baiklah, ape yg ingin sy highlight kn kt cni adalah cinta itu sesuatu yg suci, bersih dan menenangkan. Dalam dunia sekarang, dpt kte semua lihat cinta bkn lg berada dalam lingkungan itu. Remaja2 banyak terjerat dlm cinta nafsu.

Jadi mcm mne cre utk mengelakkan diri drpd bahaya gejolak cinta nafsu? Pertama dan paling penting adalah Taqarrub Ila Allah (mendekatkan diri kepada Allah) . Kedua Jaga Ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan). Seterusnya Tundukkan pandangan dan banyak lg cara2 lain. InsyaAllah dgn cre2 tersebut, moga kte sume mendapat cintaNya.

Jika kita berjaya dan berusaha untuk mendapatkan CintaNya barulah kita berusaha utk mendapatkan cinta hambaNya. Rasulullah saw ada bersabda

"Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya"

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Hadis ini jelas menunjukkan dan menjelaskan kepada kita bahawa bersegeralah dalam hal perkahwinan kerana dengan perkahwinan segalanya akan terjaga. Dengan perkahwinan terjaga pandangan, nafsu, ibadat dan sebagainya.





Hujah yang menggalakkan kahwin awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka. Jangan lah menbantutkan hasrat pemuda pemudi yang ingin memilih perkara benar kerana mungkin sahaja dengan terhalangnya perkahwinan yang ingin dibina akan terjadi perkara2 yang hina.

RM100000 untuk 1 idea?!

Gempak la Levi!

Antara cara2 utk meyakinkan kedua2 ibu bapa utk berkahwin muda adalah :


1) Anda perlulah memiliki akhlak baik dan elok.. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
2) Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara.
3) Menjaga amal ibadah anda.
4) Tetapkan matlamat. Berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
5)Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi.
6)Jika anda masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kpd ibu bapa.
7))Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu dijaga.
8) Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
9) Berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin.


InsyaAllah jika niat anda baik, pasti akan dipermudahkan urusan olehNya. Banyakkan berdoa dan solat istikharah, moga2 mendapat petunjuk drpd Allah swt. InsyaAllah Amin :)

*Semoga dipermudahkan dan dilancarkan tiap2 urusan :)






(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

Copyright© All Rights Reserved Adira Husna Here at adirahusna.blogspot.com