Hadiah comel untuk yang tersayang!
Pelbagai barangan comel untuk kamu dan si dia!
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
2
toink2 ^_^

Kuih ubi godek (Sedap sgt!)

Petang2 macam ni, sambil tgk tv, sedap jugak kalo makan kuih berasaskan ubi kayu..
Pernah rasa tak kuih ni? Kuih ni ciptaan umi sy sendiri, katanya la, 
sebab x pernah lg jumpa kat mana2, Mula2 sy tgk cam x menyelerakan aje,
 tapi sekali ngap.. sodapnyeee!! Lepas tu sy mintak resepi, cuba wat sendiri, sedap sgt! ^_^ 
Korang pon boleh la cuba ye, simple je ^_^


Bahan-bahan

Ubi (bahagian luar)
2/3 tongkol ubi kayu (diparut halus)
2/3 sudu besar gula

Inti :

5 biji Bawang merah
3 cm Halia
Sedikit Kunyit
Sedikit Garam
3/4 bulatan Gula Melaka(hancur)
3 ranting Daun kesum
5 atau 6 ekor Ikan (kalau kecik ikannya)
Sebiji Kelapa (dimesin)
2/3 biji Lada burung
2 sudu besar Cili boh
Sedikit Perasa


Cara memasak

1. Rebus ikan terlebih dahulu, bakar pon boleh
2. Kemudian, tumbuk sampai hancur, pasti kan da asingkan elok2 ye isi dan tulangnya
3. Campurkan isi ikan tadi dengan sume bahan lain kecuali ubi
4. Siap inti nya!
5. Pastu ubi yg dimesin td di sejat terlebih dahulu, xnak bg berair kan
6. Campurkan sedikit gula pada ubi tadi, biar sebati ea
7. Kemudian boleh la masukkan inti ke dalam ubi kayu td
8. Sumbat kemas2, jgn bg terkeluar intinya
9. Boleh digoreng!
10. Taknak makan lg, boleh simpan dalam freezer, tahan lame! :D

Mudah je kan, selamat mencuba ^0^


(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

4
toink2 ^_^

Durian Crepe Sodap

Assalamualaikum sahabat2 penghuni syurga ^_^
Mesti korang semua dah pernah makan doyan crepe ni kan, sedap x?
 Bagi saya yg kurang sikit minat pada doyan ni,
x suke sangat, mula2 je la, pada gigitan pertama, hehe,
 lepas 2, mkn kali ke 2, sedapnyee!!
 tq abgku yg sudi banje doyan crepe ni! :D


Teringin sangat nak buat sendiri doyan crepe ni, tapi x blh skrg la sebab kat tempat blaja kan..
 Nanti da balik rumah, sy akan cuba. Bagi sesape yg nak cuba juga buat sendiri doyan crepe,
 boleh tengok resepinye kat bawah ni  ^_^  Jom3 ^_^




Bahan2

Isi Durian (Buang Biji)
50g Tepung Gandum
1 Penutup Esen Vanilla..
Pewarna ( Terpulang )
1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
1 Biji Telur
3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
160 ml Air
40 ml Susu Cair
2 Sudu Besar Gula Halus

Cara membuatnya, [  Klik Sini ]

Selamat mencuba! ^_^

Mencari hadiah comel untuk yang tersayang?


(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

Copyright© All Rights Reserved Adira Husna Here at adirahusna.blogspot.com