Hadiah comel untuk yang tersayang!
Pelbagai barangan comel untuk kamu dan si dia!
0
toink2 ^_^

Resipi Nasi Arab al-Besuti ^_^


Assalamualaikum sahabat :)
hari ni sy nak share resipi nasi arab,
x brape nak arab tp ala2 tu ada la, he3
Da sedia? Jom masak! ^_^

RM100000 untuk 1 idea?!

Gempak la Levi!


Nasi Arab al-Besuti 
(Hidangan utk 4 orang)


Boleh dimakan dengan daging sahaja
atau hidangan tambahan seperti
ayam goreng berempah, acar masak,
dan sambal. Anda cuma perlu kreatif!


Bahan – Bahan
Bahan A (Tumis)


2 ulas Bawang putih (tumbuk lumat)
2 ulas Bawang merah (tumbuk lumat)
1 cm Halia (tumbuk lumat)
Sedikit Ketumbar (tumbuk halus)
Sedikit Jintan putih( tumbuk halus)
2 biji Bunga lawang
2 biji Bunga cengkih
1 batang Kulit kayu manis
2 biji Buah Pelaga

Bahan B (Perap)

Daging /ayam (kuantiti selera masing2 )
1 paket Maggi 5 Spices
3 sudu besar Rempah Kurma
1 sudu besar Cili Boh
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Perasa
Air
Garam
Gula

Bahan c
3 cawan Beras Basmati
2 cm Halia
1 ulas Bawang besar (dipotong bulat2)
Setengah biji Lobak merah
(diparut memanjang)

Cara penyediaan

1. Perap ayam/daging terlebih dahulu
dengan Bahan B.
2. Tumis Bahan A sehingga garing.
3. Masukkan ayam/daging.
4. Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian, masukkan air sehingga
tenggelam daging.
6. Reneh sehingga daging empuk.
7. Lebihan perapan td boleh dimasukkan
sekali ke dalam air rebusan daging.
8. Masukkan perasa, garam, gula secukup
rasa.
9. Apabila daging sudah empuk, masukkan
daging dan air rebusannya
ke dalam rice cooker utk memasak nasi
10. Masukkan sekali bawang besar.
11. Apabila nasi sudah hampir masak,
masukkan lobak merah.
12. Siap!
Selamat mencuba ^_^

Senang je kan? kompem sahabat2 sume mesti boleh buat punye!
Selamat memasak dan hati2 kat dapor 2 ye,
Jangan lupa baca Basmallah b4 buat keje 2 ^_^

RM100000 untuk 1 idea?!

Gempak la Levi!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved Adira Husna Here at adirahusna.blogspot.com