Hadiah comel untuk yang tersayang!
Pelbagai barangan comel untuk kamu dan si dia!
2
toink2 ^_^

Comelnye Purse dari Grizzlygeos Artwork!


Salam alaik sahabat2 :) Kaifa haluk? (Bagaimana khabar awk?) Blaja ckp arab sikit, he3, Bahasa arab kan bahasa syurga. Best kan lau dapat kuasai bahasa ni. Moga2 dalam diri ni ada keazaman yg kuat untuk blajar dan kuasai bahasa syurga! Amin Ya Rabb..

Nampak x purse kt atas 2? kurang cantik kan? Jangan ckp buruk taw, x baek, sepatutnya kita bersyukur atas setiap suatu nikmat yg kita ada. Purse 2 maybe boleh guna lagi kan tapi agak kurang ayu di situ~ hehe.

But don't worry la, Grizzlygeos Artwork ada menjual dan menerima tempahan purse comel! Bila sy ckp comel, yess, I really mean it, serius! sangat kawaiiii ^_^

Tak caye?? Nak tunjuk gambar ni, 

*WARNING! MAMPU MELETOPKAN JIWA KERANA SANGAT COMEL!*

hehehe


Bahagian depan


Bahagian belakang


Comel comel comel! Prasan sorg2 plak ea sy ni~ he3..Yang purse 2 sy tempah, design sendiri, korang nak tempah pon boleh! design cantik2, boleh tempah dengan Grizzlygeos Artwork! Bila lagi nak purse yg kiut miut hasil design anda sendiri kan? Jom2 tempah sekarang~

Nak tengok2, atau tempah boleh klik sini ye Grizzlygeos Artwork. Ada macam2 mende kiut kat sini selain purse.. Jom cuci mata!


keychain

Hard Disk Casing

Keychain sy! he3

Keychain muslimah sy punye! ^_^

Bookmark

Casing 

Pillow

Dan macam2 lagi yg terbaru! Ada hp strap yg ofkos sgt2 cute, tempat letak tissue,
 dan mcm2 lg ^_^

Haa macam mana, rambang mata ye? o_o he2,
 jangan lepaskan peluang ni,  Grizzlygeos Artwork memang terbaik!
 Ada sebarang tempahan? Berkenan? Atau nak tengok2 dulu? 
Atau terus nak grab 1? bolehhh! 




Happy shopping si comel sekelian!! :D



(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

0
toink2 ^_^

Doodle Comel! (Part 3)

Doodle time! tengok orang lain buat doodle comel aje kan, sape yg expert ajar sy ples3  ^_^  Sesaje buat doodle muslimah ni, Anda yang mana satu?

















Jom terjah Part 1! Doodle Comel! (Part 1)

Jom terjah Part 2! Doodle Comel! (Part 2)


Mencari hadiah comel untuk yang tersayang?


(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

0
toink2 ^_^

Dunia Baruku ^_^*


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum sahabat2 penghuni syurga semua ^_^

Alhamdulillah bermulanya tahun baru 2013 ni, bermula lah episod baru dalam hidup saya sebagai seorang pelajar di IPG KDRI yg tercinta.. Semester satu ijazah patinya alam baru yg bakal saya tempuhi dengan macam2 mende baru. It's all start here.. wee ^0^

Harapannya moga2 saya terus kuat untuk terus menimba ilmu dan memegang gelaran seorang pendidik setelah grad nnt.. awalnye da nk grad, hoho :D 7 semester to go! X lame la kot, lg 7 sem je sebelum grad, (sedapkan hati je 2) hehe.

Azam taon ni

1. Nak lebih fokus waktu kuliah ( nampak sgt mse ppismp maen2, :P )
2. Wat pembentangan dengan semangat ( sem2 lepas semangat jugak la, he3 )
3. Belajar jadi rajin 
( T_T, masalah utama sy, owh rajin, sudi kah awak menjadi pendamping hidup sy? )
4. Nak jimat cermat ( simpan duit nak kawen, hua3 )
5. Bawak keta ke Ipg ( beranikah? )
6. Jadi lebih matang (sebelum ni comel2 je, hehe)

Aishh, makin menulis makin banyak pulak, dah2, stop sini dulu listnye, huhu
Tapi yg paling penting nak banyakkan belajar ilmu agama! Bekal untuk ke Jannah Firdausi ^_^

"Ya Allah, kuatkan diriku..penuhkan diriku dengan cahaya iman dan taqwa.. 
Jadikan aku seorang hamba yang mensyukuri segala nikmat kurniaanMu..Amin ya Rabbal Alamin.."

Mencari hadiah comel untuk yang tersayang?


(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

2
toink2 ^_^

Cukup duit tadi dik?

Assalamualaikum sahabat2 penghuni syurga :)

Ingin berkongsi post seorang sahabat di fb, mohon muhasabah diri..
Jadi insan yang pandai bersyukur dengan segala nikmat,
dan sayangi orang tua kita :')

 Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.” 

Dan juga Allah telah berfirman mafhumnya,

“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .
( Al Isra’ ayat 23-24 )


Ceritanya...

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.


Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.


"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Moga kisah ini bermanfaat buat kita..Sama-sama muhasabah diri.


Mencari hadiah comel untuk yang tersayang?


(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

Copyright© All Rights Reserved Adira Husna Here at adirahusna.blogspot.com