Hadiah comel untuk yang tersayang!
Pelbagai barangan comel untuk kamu dan si dia!
2
toink2 ^_^

Sebelum Engkau Halal Bagiku

SAAT PALING JAUH,,




Saat yang paling jauh adalah saat mata
mampu memandang orang yang kita cintai
NAMUN kita tak dapat menatapnya dengan
halal.

Saat yang paling jauh adalah saat kita
berhadapan dengan orang yang kita cintai
NAMUN kita haram menyentuhnya.

Saat yang paling jauh adalah ketika tangan
mampu meraihnya NAMUN dia tlah
menggenggam jari tangan yang lain.

Saat yang paling jauh dan menyakitkan
adalah pada saat kita berada di sebuah acara
Ijab Qobul NAMUN Orang yang kita cintai
bersanding dengan Insan yang menjadi
pilihannya..



(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

0
toink2 ^_^

Jom Kahwin! ^_^*




Waaaa terbaek lah tajuk post kali ni..he3.. Mesti tersedak ble baca tajuknye..ok rilek2, ^_^
Post kali ini saya nak sentuh pasal kahwin muda.. Moga2 anda dan saya sama2 dapat sedikit ilmu buat bekalan nanti :D

Usia remaja merupakan satu tahap perkembangan diri yang cukup mantap di mana pada tahap ini jiwa setiap remaja cukup bergolak dan bergelora. Cinta adalah salah satu tarikan terhebat yang melanda diri setiap individu pada tahap ini. betul kn? :)

Baiklah, ape yg ingin sy highlight kn kt cni adalah cinta itu sesuatu yg suci, bersih dan menenangkan. Dalam dunia sekarang, dpt kte semua lihat cinta bkn lg berada dalam lingkungan itu. Remaja2 banyak terjerat dlm cinta nafsu.

Jadi mcm mne cre utk mengelakkan diri drpd bahaya gejolak cinta nafsu? Pertama dan paling penting adalah Taqarrub Ila Allah (mendekatkan diri kepada Allah) . Kedua Jaga Ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan). Seterusnya Tundukkan pandangan dan banyak lg cara2 lain. InsyaAllah dgn cre2 tersebut, moga kte sume mendapat cintaNya.

Jika kita berjaya dan berusaha untuk mendapatkan CintaNya barulah kita berusaha utk mendapatkan cinta hambaNya. Rasulullah saw ada bersabda

"Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya"

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Hadis ini jelas menunjukkan dan menjelaskan kepada kita bahawa bersegeralah dalam hal perkahwinan kerana dengan perkahwinan segalanya akan terjaga. Dengan perkahwinan terjaga pandangan, nafsu, ibadat dan sebagainya.





Hujah yang menggalakkan kahwin awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka. Jangan lah menbantutkan hasrat pemuda pemudi yang ingin memilih perkara benar kerana mungkin sahaja dengan terhalangnya perkahwinan yang ingin dibina akan terjadi perkara2 yang hina.

RM100000 untuk 1 idea?!

Gempak la Levi!

Antara cara2 utk meyakinkan kedua2 ibu bapa utk berkahwin muda adalah :


1) Anda perlulah memiliki akhlak baik dan elok.. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.
2) Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara.
3) Menjaga amal ibadah anda.
4) Tetapkan matlamat. Berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.
5)Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi.
6)Jika anda masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kpd ibu bapa.
7))Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu dijaga.
8) Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
9) Berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin.


InsyaAllah jika niat anda baik, pasti akan dipermudahkan urusan olehNya. Banyakkan berdoa dan solat istikharah, moga2 mendapat petunjuk drpd Allah swt. InsyaAllah Amin :)

*Semoga dipermudahkan dan dilancarkan tiap2 urusan :)






(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

0
toink2 ^_^

Berjalan Tanpa Henti - Devotees






Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia



# Terkadang ujian datang tanpa sebarang tanda. Terkadang apa yang kita ada sekarang merupakan ujian. Dan terkadang ujian menyedarkan kita akan keadaan diri.

# Ketahuilah bahawa setiap ujian yang datang menjadikan kita lebih tabah dan kuat. Moga kita sentiasa mengucapkan kalimah syukur.

# Ucapkanlah Innalillah.. atas setiap musibah yang menimpa. Juga Alhamdulillah kerana setiap musibah yang datang pasti ada hikmah di sebaliknya.

# Di kala kelam, yakinlah ada sinar di depan. Terus tabah untuk melangkah. Mungkin sukar tapi pasti manis rasanya andai telah melihat walau sepalit cahaya itu.

# Moga dikuatkan semangat dalam melawan segala ujian dan dugaan. Aku yakin untuk terus menapak kerana indahnya rasa kebergantungan kepada Sang Pencipta.

# Aku akan berjalan tanpa henti..pasti...







(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

0
toink2 ^_^

Aku stresss!!



Argghh...stressnye!! Perkara mcam tu biasa berlaku kepada diri kita, pada diri saya juga..Tapi jangan risau, stress boleh dikurangkan.Bagi saya sendiri, sebgai seorang pelajar di IPG KDRI, sememangnya tidak akan terlepas dari tekanan kerja.Ia hanya bergantung kepada diri kita, bagaimana kita handle masalah seperti itu..

Di sini ingin saya kongsi sket tentang cara-cara kita cope ngan masalah ni..

Mencegah:
Menurut dokter neorologi, perasaan stress sering menjadi musuh dalam selimut.Perasaan ini datang tiba-tiba dan sulit dikendalikan. Bila tidak, dapat memicu timbulnya berbagai penyakit, seperti jantung, darah tinggi dan stroke. Ibarat sedia payung sebelum hujan. Menghindari stress ada baiknya dilakukan cara berikut:

Pertama, Mengeluarkan tenaga positif, iaitu optimis dalam menghadapi setiap permasalahan. Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri. Ketahuilah bahawa setiap rencana, ada hambatan, Tapi ada juga penyelesaiannya.Sebab itu, harus bersikap lebih fleksibel, sehingga dapat menikmati hidup.

Kedua, menjaga kesihatan. Dengan cara olahraga yang teratur, tidur yang cukup dan mengambil makanan yang bergizi. Olahraga dapat membuat manusia lebih cergas. Makanan bergizi membangkitkan kualiti hidup. Sebab itu Islam memerintahkan “ Mengambil makanan halalan tayibah atau yang bergizi.
.
Ketiga, banyak minum air putih, terutama saat diambang kemarahan. Air putih, dapat menenangkan perasaan, dan berpikir lebih jernih. Rasulullah menganjurkan kalau marah, hendaklah berwudu' dan mendinginkan badan (HR.Muslim).

Keempat, meluangkan waktu sedikit, untuk setiap minggu, keluar dari rutin biasa, dengan berkumpul bersama keluarga. Atau berkunjung kepada teman-teman. Nabi mengajarkan Hubungkan silaturahim, sebab dapat menambah rezeki dan memperpanjang umur (HR.Muslim).

Kelima, meningkatkan rasa humor. Secara klinikal humor dapat mengatasi stress. Alhamdulillah kini sudah muncul kelompok-kelompok di TV yang menjajakan humor 5 sampai 1O minit untuk relaks.

Menurut Al-Quran ?..

Menurut Al-Quran, kelima cara yang ditawarkan kesehatan diatas, tidak ada yang bertentangan dengan Al-Quran. . Namun Al-Quran lebih memfokuskan terutama kepada dua hal utama dimana Al-Quran sebagai Syifa’ (Penawar) :

Sabar :
Jika stress menghadapi masalah yang sukar diputuskan “ salah atau benarnya sesuatu “ maka Al-Quran memberi petunjuk “ FA SHABRUN JAMIL “ ( Maka bersabar itu lebih indah ). Dan hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan. (QS. Yusuf 18 ).

Ucapan itu disampaikan Nabi Ya’kub, ketika anak-anaknya datang membawa kemeja yang berlumuran darah kepunyaan Yusuf, sebagai bukti bahwa ia telah diterkam binatang buas. Daripada stress, kerana darahnya meragukan, Nabi Ya’kub berkata “ Sabar itu lebih indah.” Demikian Sitti Maryam, ketika dituduh melacur karena melahirkan anak (Isa) tanpa ayah, juga sabar, untuk mengubati stres yang berpanjangan. Bahkan Aisyah, isteri Rasul, ketika digossip, juga menjadikan Sabar sebagai pengubatan dalam stress.

Zikrullah:
Mengingat Allah (Zikrullah) termasuk dapat mengatasi stres. Dengan mengingat dan mengembalikan segalanya dari dan untuk Allah, maka stres akan dapat diatasi. . Sesuai Al-Quran, “ TATHMAINN AL-QULUB “ ( Mengingat Allah, hati akan tenang ) ( QS. Al-Raad 28 ).

Menurut ulama Tafsir, Yang masuk Zikrullah, adalah melakukan salat, membaca Al-Quran dan langsung menjebut Lailaha ilallah sebanyak-bamnyaknya.

Diperkuat Al-Quran dengan ayat “ Dan carilah pertolongan, dengan berlaku Sabar dan mengerjakan Salat ( QS.2: 45).

Menurut Huzaifah, bila Nabi bersedih atau menghadapi masalah, Beliau langsung melakukan solat, sekalipun, sedang dalam perjalanan. Memperbanyak Zikrullah berupa solat sunnat, atau membaca Al-Quran, atau istighfar, atau membaca LailahaIlallah.

Istighfar yang sering dibaca Rasul “ Allahumma Anta rabbi. Lailaha illa Anta. Khalaqtani waana abduKa. Wa ana ala ahdiKa. Wa wa’diKa mastata’tu. Audzu biKa, min syarri ma shana’tu. Abuu laKa bini’ mati alayya. Waabuu bidzanbi. Fagfirli. fainnahu la yagfir al- dzunuba illa Anta.( Al-Azkar :347 ).

Disamping kedua hal tersebut, juga yang dapat mengatasi stres, adalah akidah dengan meyakini kebenaran ayat Al-Quran yang berbunyi “ INNA MA’AL USRI YUSRA ( Sesungguhnya setelah kesulitan, ada kemudahan. Setelah kesulitan, ada kemudahan).. ( 94: 5-6 ).( Disebutkan dua kali ).

Menurut ulama Tafsir, karena kata kesulitan (Al-usri ), menggunakan “al ” dan kemudahan (Yusra) tidak menggunakan “al “ , itu ertinya kesulitan itu cuma satu macam, tapi ada beberapa penyelesaian kemudahan. Bererti dua alternative kemudahan . dalam satu kesulitan. Ada dua. Misalnya berjumpa dengan doktor mencari pengubatan lahir dan batin ialah, menggunakan petunjuk Al-Quran sebagai Syifa’.


Doa ketika menghadapi stress..


Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca doa berikut ini, Allah akan menghilangkan deritanya dan menggantikannya dengan kebahagiaan:

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِي حُكْمِكَ، عَدْلٌ فِي قَضَاءِكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اِسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجَلاَءَ حُزْنِي وَذِهَابَ هَمِّي

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli ‘alâ Muhammad wa âli Muhammad
Allâhumma innî `abduka wabnu `abdika wabnu amatika, nâshiyatî biyadika, madhin fi hukmika, `adlun fi qadhâika. As-aluka bikulli ismin huwa laka sammayta bihi nafsaka aw anzaltahu fî kitâbika aw `allamtahu ahadan min khalqika awista`tsarta bihi fî `ilmil ghaybi `indaka an taj`alal qur’âna rabî`a qalbî wa nûra shadrî wa jalâa huznî wa dzihâba hammî.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu, berlalu hukum-Mu dan adil ketentuan-Mu. Aku memohon pada-Mu dengan semua nama yang Kau namakan pada diri-Mu atau yang Kau turunkan dalam kitab-Mu atau yang kau ajarkan pada salah seorang dari makhluk-Mu atau yang Kau berikan pengaruhnya pada ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikan Al-Qur’an keindahan kalbuku, cahaya hatiku, penyembuh dukaku dan penghapus deritaku. (Makarimul Akhlaq: 351)

(^_^) Perkongsian itu permata (^_^)

sumber ::

- http://syamsuri149.wordpress.com/2009/03/26/doa-untuk-menghilang-beban-derita/
- http://islam-itu-indah.blogspot.com/2007/11/mengatasi-stress-dalam-islam.html




(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

0
toink2 ^_^

Doa Seorang Hamba




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...Segala kesyukuran aku panjatkan pada Allah Taala.Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah..Allahuakbar..Subhanlalah..
Syukur yang tidak terhingga Ya Allah, Kau masih berikan aku nikmatMu ini..

Allah..Allah..Allah..

Kerana nikmatNya, aku masih lagi bernafas pada waktu dan ketika ini.
Kerana hidayahNya, aku masih tetap berpegang teguh pada TaliNya.
Kerana rahmatNya, aku sentiasa membasahkan bibir dengan zikrullah.
Kerana pertolonganNya, aku berusaha menjadi hambaNya yang tahu bersyukur.
Kerana inayahNya, aku masih lagi dapat merasa nikmat Iman dan Islam.

Ya Allah,
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui atas segala yang berlaku.
Kau permudahkanlah segala urusanku.
Jadikanlah aku seorang hambaMu yang pandai bersyukur dan tidak kufur nikmat.
Berkatilah segala sesuatu yang aku lakukan.

Ya Allah,
Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Syukur kerana Kau memberikan nikmat yang tidak terkira kepadaku.
Aku bersujud dan memohon keampunan kepada Kau.
Terlalu banyak nikmat Kau yang aku kufur.
Berikanlah aku kekuatan untuk sentiasa bermujahadah di JalanMu
Janganlah Engkau palingkan hatiku setelah Kau berikan HidayahMu.

Ya Allah,
Sesungguhnya Kau Maha mendengar lagi Maha Bijaksana.
Dengarlah rintihan hambaMu ini.
Detikkanlah hatiku untuk sentiasa mengingatiMu.
Jauhilah aku dari segala godaan dan dugaan.
Makbulkanlah doaku.

Amin..Amin Ya Rabbal Alamin...

~ aqma, tetap kuat, kuat, kuat! InsyaAllah..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bermujahadah di JalanNya ~



(: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah :)

Copyright© All Rights Reserved Adira Husna Here at adirahusna.blogspot.com