Hadiah comel untuk yang tersayang!
Pelbagai barangan comel untuk kamu dan si dia!
2
toink2 ^_^

Kuih ubi godek (Sedap sgt!)

Petang2 macam ni, sambil tgk tv, sedap jugak kalo makan kuih berasaskan ubi kayu..
Pernah rasa tak kuih ni? Kuih ni ciptaan umi sy sendiri, katanya la, 
sebab x pernah lg jumpa kat mana2, Mula2 sy tgk cam x menyelerakan aje,
 tapi sekali ngap.. sodapnyeee!! Lepas tu sy mintak resepi, cuba wat sendiri, sedap sgt! ^_^ 
Korang pon boleh la cuba ye, simple je ^_^


Bahan-bahan

Ubi (bahagian luar)
2/3 tongkol ubi kayu (diparut halus)
2/3 sudu besar gula

Inti :

5 biji Bawang merah
3 cm Halia
Sedikit Kunyit
Sedikit Garam
3/4 bulatan Gula Melaka(hancur)
3 ranting Daun kesum
5 atau 6 ekor Ikan (kalau kecik ikannya)
Sebiji Kelapa (dimesin)
2/3 biji Lada burung
2 sudu besar Cili boh
Sedikit Perasa


Cara memasak

1. Rebus ikan terlebih dahulu, bakar pon boleh
2. Kemudian, tumbuk sampai hancur, pasti kan da asingkan elok2 ye isi dan tulangnya
3. Campurkan isi ikan tadi dengan sume bahan lain kecuali ubi
4. Siap inti nya!
5. Pastu ubi yg dimesin td di sejat terlebih dahulu, xnak bg berair kan
6. Campurkan sedikit gula pada ubi tadi, biar sebati ea
7. Kemudian boleh la masukkan inti ke dalam ubi kayu td
8. Sumbat kemas2, jgn bg terkeluar intinya
9. Boleh digoreng!
10. Taknak makan lg, boleh simpan dalam freezer, tahan lame! :D

Mudah je kan, selamat mencuba ^0^

2 ulasan:

  1. memang best kuih ni..
    tp cikgu wat xde inti la..malas..hehe

    BalasPadam
  2. aikk xd inti?
    abes 2 xkn mkn ubi grg g2 je, huhu

    BalasPadam

Copyright© All Rights Reserved Adira Husna Here at adirahusna.blogspot.com