Hadiah comel untuk yang tersayang!
Pelbagai barangan comel untuk kamu dan si dia!
0
toink2 ^_^

Asal diamond adalah air longkang??


Assalamualaikum sahabat2 dalam lindungan Allah sekalian..
Semoga hari Jumaat ini membawa keberkatan buat diri kita semua. Amin..

Okey, berkenaan dengan tajuk entry sy, korang percaya x kalau sy cakap berlian yg shining2 2 asalnye dari air longkang?? ato dalam bahasa besut kte sebut air caa! Hehe,

Minggu lepas, dalam kelas falsafah, sy sangat2 seronok belajar falsafah dengan lecturer baru sy, sgt menarik dan langsung tak bosan. Macam sebelum2 ni dengar senior cakap abes la ko, time falsafah adalah time tidur, sy x faham, kenapa macam tu kan. Sebabnye adalah falsafah ni based on facts semata2, so no reason la x tdo kan, kate dorg la, hehe. Tapi sy sangat2 tidak bersetuju kenapa bila fakta kne tdo kn, fakta tu la yg kita kena tahu untuk proses pemerolehan ilmu bukan stakat pengetahuan sahaja. Ada beza tu ye ^_^*


Baiklah, nak dijadikan cerita, kami sekelas kena buat perbincangan dalam kumpulan. 4 – 5 org, mula2, dalam hati, ohh my, sure it’s going to be boring! tapi lepas 2, lecturer bg mase suh bincang sal tajuk masing2, jd best pulak, takde ngantuk2 dah, huhu. Like my group kena bincang pasal metafizik, same with one other grup, lain2 grup dapat tajuk, epistimologi, aksiologi dan logik. Best kan. best kan? :D

Kalo kte tgk secara dasar mang macam haaa pe bnde ni. Tapi sebenarnye best sgt2. Kualiti pemerolehan ilmu 2 yg kte susah nk dpt 2, tp dalam kelas falsafah ni, bnyak memerlukan kitorang berfikir, bg sy sgt2 bagus, lgsung takde rase ngntok, sebaliknya rase panas je otak ni, sbb berlaku proses berfikir kan, hehe. Habis kuliah terus rasa lapor ^0^

Adoyaiii pnjang lak cternye, huhu, sory ehh ^^ lecturer sy ad bagi contoh org yg boleh dan mampu berjaya dengan tekanan melalui 1 analogi. Tajuk atas 2 la analoginya. ^_^ Mula2 drpd air longkang, ble diberi tekanan jd la air pekat warna hitam hijau dan berbau kan, kemudian diberi tekanan lagi, jd la tanah yg sifatnya lembut, kemudian terus diberi tekanan, jd la tanah keras yg opkos sgt kurang wangi baunya :D kemudian, diberi tekanan lg, jd lah pepejal yg keras, terus diberi tekanan, jd lah batu, makin banyak tekanan, makin mampat, makin keras batunya dan last2 jd berlian.


Maksudnye, kita sbg seorang manusia jgn risau jika ada tekanan atau masalah, sbb setiap manusia d muka bumi ni pasti ada masalah kn. Tekanan atau masalah itu lah yg seterusnya akan menjadikan kita lebih matang dan pandai menguruskan sesuatu. Yang akhirnya memberi manfaat kepada diri kita jugak. Setiap manusia ada potensi diri masing2. Cuma perlu di push dan disalurkan mengikut saluran yg betul. InsyaAllah, kita boleh menjadi manusia yg hebat! ^_^

Sy cukup terkesan dengan nasihat2 dan cerita2 yg lecturer sy bgtau masa kuliahnye. Sangat memeberi inspirasi. Terima kasih lecturerku. Ternyata falsafah sangat best!

*dlm usaha meminati sejarah, hehehe :D


Mencari hadiah comel untuk yang tersayang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved Adira Husna Here at adirahusna.blogspot.com