Assalamualaikum..
Salam penuh syukur atas semua nikmat,
First skali tajuk entry ni maybe agak wooo extreme kan, Tak la, x extreme mana pun kalau nak dibandingkan dengan perlakuan kita dalam kehidupan seharian. Cuba kita buka mata dan lihat sekeliling, macam mana dengan keadaan masyarakat kita, keadaan pemimpin kita, dan yang paling penting x payah tengok jauh2, tengok keadaan diri kita aje, tu contoh terbaik. Tidakkah kita rasa kita ni extreme dalam melawan perintah Pencipta kita?
" Eh, mana ada, aku x lawan pun perintah Allah! aku ikut la~ Suka sangat jaga tepi kain orang la dia ni! "
Jangan sesekali kita berasa sombong dan angkuh dengan apa yang kita da buat. Semua amalan kita sia2 kalau x dapat Rahmat Allah, kena ingat tu.. Solat siang malam hanya sia2 jika cuma buat kerana manusia. Puasa sunat hanya sia2 jika buat cuma kerana inginkan pujian manusia. Ada apa dengan manusia? Ya betul, hubungan sesama manusia wajib di jaga tetapi priority kita dengan Yang Maha Pencipta :)
Okey, berbalik kepada entry ni, petang semalam ada tengok drama Islam Kpt kat Tv Al-Hijrah dan ada tengok sedutan program Isu akidah. Isunya adalah tentang nak mati cepat..
" Ketahuilah manusia, dirimu masih benrafas kerana Allah ingin memberi peluang kepadamu bertaubat, dan yang telah pergi, sesungguhnya, Allah sangat sayang kepada mereka, kerana itu lah, umur mereka cuma setakat itu.. "
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, pada saat ni kita masih bernafas dan dapat lihat warna-warna pelangi ukiran indah Al-Khaliq. Subhanallah :)
Hukum bunuh diri adalah HARAM, BERDOSA BESAR kepada sesiapa yang memendekkan ajalnya. Ulangan, HUKUM NYA HARAM DAN BERDOSA BESAR!!
" Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. [Sahih Muslim] "
Sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang mengharapkan Syurga Allah, minta dijauhkan daripada keadaan seperti itu. Punca utama nya pasti disebabkan masalah-masalah yang berlaku dan tekanan hidup. Allahurabbi, jom banyak2 dekatkan diri kepada Allah, banyak2 ingat kepada Yang Maha Berkuasa.
" Don't look back and say why must it happened?? But Look what is in the future and say why not?? "
Bersabarlah dalam mengadapi cabaran hidup. Semua orang ada masalah dan konflik dalam diri, tetapi bagaimana cara mengemudikannya yang menjadikan kita berbeza. Fikir positif dan selalu ingat bahawa aku adalah makhluk Allah yang mustahil sia2 penciptaannya. Dan jangan lupa sentiasa bermuhasabah ye :)
" Ya Allah, Ya Rabbi, kurniaan nikmatMu tidak mampu aku bayar, setiap nafas yang Kau titipkan buatku, melebihi nilaianku, Aku bersyukur atas setiap sesuatu yang Engkau berikan kepadaku. Ya Allah, ampunilah doasa2 ku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluarga ku, muslimin dan muslimat walau di mana mereka berada. Ya Allah, aku mengharapkan Rahmat daripadaMu, aku mengharapkan SyurgaMu, terimalah taubatku, terimalah doaku, terimalah aku, hambamu yang kerdil.. " Amin Ya Rabbal Alamin...
Sahabat2 semua, jom sama2 kita fikir balik apa yang kita da buat selama ni untuk menjadi hamba yang terbaik..Semoga entry ni bermanfaat buat semua. Terutama diriku yang menulisnya..
Jumpa lagi di lain post! ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan