Hadiah comel untuk yang tersayang!
Pelbagai barangan comel untuk kamu dan si dia!
0
toink2 ^_^

Berjalan Tanpa Henti - Devotees






Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia



# Terkadang ujian datang tanpa sebarang tanda. Terkadang apa yang kita ada sekarang merupakan ujian. Dan terkadang ujian menyedarkan kita akan keadaan diri.

# Ketahuilah bahawa setiap ujian yang datang menjadikan kita lebih tabah dan kuat. Moga kita sentiasa mengucapkan kalimah syukur.

# Ucapkanlah Innalillah.. atas setiap musibah yang menimpa. Juga Alhamdulillah kerana setiap musibah yang datang pasti ada hikmah di sebaliknya.

# Di kala kelam, yakinlah ada sinar di depan. Terus tabah untuk melangkah. Mungkin sukar tapi pasti manis rasanya andai telah melihat walau sepalit cahaya itu.

# Moga dikuatkan semangat dalam melawan segala ujian dan dugaan. Aku yakin untuk terus menapak kerana indahnya rasa kebergantungan kepada Sang Pencipta.

# Aku akan berjalan tanpa henti..pasti...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved Adira Husna Here at adirahusna.blogspot.com